Sakit dan kematian Noryati Taib

Pada September 2017, Noryati dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru apabila mengalami jangkitan kuman pada paru-paru. Beliau juga menjalani pembedahan akibat komplikasi diabetes dan dibenarkan keluar selepas mendapatkan rawatan di HSI. Noryati mengalami sesak nafas sehari kemudian hingga keadaannya kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI pada 24 September 2017.[1]

Pada Februari 2021, keadaan kesihatannya merosot selepas disahkan positif COVID-19.[2] Noryati meninggal dunia pada 7 April 2021 pada usia 63 tahun di kediamannya di Pasir Gudang, Johor.[3][4] Jenazah Noryati dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, pada jam 11.30 pagi, selepas solat jenazah di Masjid Al-iltihad Perjiranan 9, Taman Air Biru, Pasir Gudang.[5]